Frequently Asked Questions

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Adakah semua Pejabat Residen dan Daerah di Bahagian Betong menerima pelajar untuk menjalani Latihan Industri?

Ya. Pelajar yang berminat untuk menjalani Latihan Industri di pejabat ini hendaklah menghantar permohonan melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan masing-masing. Pejabat ini akan menghubungi pelajar atau institusi pendidikan tersebut sekiranya permohonan diluluskan.

 

2. Adakah jabatan atau agensi luar boleh menggunakan bilik mesyuarat atau dewan di semua Pejabat Residen dan Daerah di Bahagian Betong?

Ya, jabatan atau agensi yang berminat untuk menggunakan bilik mesyuarat atau dewan yang berada di bawah pengurusan Pejabat di bawah Pentadbiran Betong hendaklah menghantar surat rasmi untuk menempah tarikh dan waktu untuk menggunakan bilik mesyuarat atau dewan.

3. Berapakah bilangan Pejabat Daerah di Bahagian Betong?

Jumlah bilangan Pejabat Daerah di Bahagian Betong ialah 4 buah iaitu Pejabat Daerah Betong, Pejabat Daerah Pusa, Pejabat Daerah Saratok dan Pejabat Daerah Kabong.

4. Bilakah waktu operasi bagi semua Pejabat Residen dan Daerah di Bahagian Betong?

Waktu operasi bagi semua Pejabat Residen dan Daerah di Bahagian Betong adalah seperti berikut:

Isnin hingga Khamis:

8.00 pagi - 1.00 petang

2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat:

8.00 pagi - 11.45 pagi

2.15 petang - 5.00 petang