Operasi Pejabat Residen Bahagian Betong (PRBB) telah bermula apabila pengisytiharaan Daerah Betong sebagai Pentadbiran yang baru telah dilakukan pada 26 Mac tahun 2002 yang lepas dan diketuai oleh Residen yang pertama bagi Bahagian Betong iaitu Datu Romie Sigan Daniel. Pengwujudan Pejabat Residen Bahagian Betong adalah penting kerana ia beperanan untuk menjadi nadi bagi mentadbir kemajuan dan pembangunan di Bahagian Betong keseluruhannya.